Monday 7 December 2009

adakah aku gila?

adakah aku gila
sekiranya aku cakap
hati aku dah dimiliki dia

adakah aku gila
sekiranya aku cakap
dia dah cukup sempurna untuk aku
walaupun aku tahu tiada siapa sempurna

adakah aku gila
sekiranya aku cakap
aku sanggup terima semua kekurangan dia
walaupun kadang kala ianya menyakitkan hati

adakah aku gila
sekiranya aku cakap
aku takut dia tinggalkan aku
sedangkan dia dah berjanji untuk setia

adakah aku gila
sekiranya aku cakap
aku sayang dia dan aku rindu dia
dan hidup aku tak lengkap tanpa dia

sekiranya ya aku gila
aku memilih untuk kekal begitu
kerana aku sanggup untuk bersama dia


p/s: nothing to say.fullstop.

No comments:

Post a Comment